Tuesday, February 9, 2010

dgn nama Allah Yng Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah..
seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kabahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami..
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharakanlah
aku dari kekecewaan..
Ya Allah..
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..
Ya Allah..
cukupkanlah enngkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
janganlah engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjuruskan aku ke aarah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..
Ya Allah..
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat
dan peliharakanlah kami dari azab api neraka..

AMIN..AMIN..AMIN
YaRabbal'aalamin...